Kemetip ni biasa akan muncul bila ruangan tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Jangan tak tahu ya, kemetip ni boleh menyebabkan gatal-gatal bila tersentuh.
Jadi bila ada anak kecil atau mempunyai kulit yang sensitive sangat perlu alert dengan kehadiran kemetip ini. Kesan dia boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan dan menyebabkan rasa tidak selesa seumpama ada benda merayap di kulit. Ngeri bila ingat kesan gigitan kemetip ini.
Antara tips untuk menghilangkan kemetip ni ialah dengan menghilangkan punca kemetip.
Punca kemetip
Pengudaraan yang tidak bagus
Keadaan yang lembap
Sarang labah-labah merupakan makanan kemetip
Cara bersihkan/hilangkan kemetip
- 500ml air
- 1 sb cuka
- 1 sk pencuci pinggan
Campur kesemua bahan kedalam botol spray. Bersihkan tempat yang mempunyai kemetip, disarankan untuk guna vacuum. Kemudian spray dengan bahan yang disediakan tadi.
Larutan ini juga baik untuk menghalang kehadiran kulat di dinding rumah. Dimana kulat juga dapat memberi kesan tidak baik kepada kesihatan terutama kepada otak.
Lakukan aktiviti ini sehingga jumlah kemetip berkurangan. Selamat mencuba š