Blog, Lifestyle

Barang Deco dari Eco Shop Review

Hi dan Salam Sejahtera semua.

Kali ni nak review barang Eco Shop yang super berbaloi untuk deco ruangan korang samaada bilik, work station, study space, kitchen and so on. Barang ni dah lama beli, that’s why I describe it as review, not haul hehe..

First, decorative lamp ni berbaloi beli. Hanya RM2.10 je. Lampu berbentuk kaktus tu dah takde battery tapi takpe boleh beli battery baru. Juga boleh beli di Eco Shop atau Mr Diy. Ada banyak lagi bentuk bentuk lain macam nenas, flamingo macam tu. Suka bila tengok lampu especially sebelumntidur, dia bagi rasa therapeutic gitu. Tambah tambah lagi bila dah seharian penat buat kerja. Malam tu sambil pasang bukhoor atau diffuser ditemani lampu macam ni rasa rilex sikit. Boleh la cuba nanti hehe

Second item, lampu juga. Kali ni berbentuk lilin. Dah lupa RM2.10 tu dapat berapa ketul. Korang boleh tengok full haul dekat youtube klik sini.  Lampu ni macam bijak jugak sebab dia bagi effect umpama api ditiup oleh angin sepoi sepoi. Ingatkan sebab rosak, rupanya memang stail dia macam tu. aishh sukaa sangat hehe. Bila letak lampu lilin dalam geometric metal lagi bertambah seri. Lawa kan 🙂

Last, bekas tin ni cantik sangat, terus grab dua sebab konsep dia ala ala scandinavian gitu. Kan femes tema tu sekarang. Tapi setakat ni belum pernah isi pape lagi dalam tu. Jadi penambah seri ruang je. Ada idea nak simpan apa tak dalam tu?

Tunggu untuk next post, saya akan share banyak lagi barang Eco yang menarik. Stay Tuned!

I think that’s all untuk post kalini. Thanks for reading!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *