Food

Nasi Kerabu Pulau Belacan terbaik di Kota Bharu, Kelantan


Hi semua,

Nasi Kerabu memang kegilaan saya. All time favourite gitew. Jadi bila makan kat mana-mana kedai atau gerai dan ada menu nasi kerabu memang tak fikir panjang dah. Nasi kerabulah pilihannya. Korang macam tu jugak ke?

Kedai Nasi Kerabu Pulau Belacan

Tapi sebenarnya kan, bukan senang nak jumpa nasi Kerabu yang bebetul sedap, secukup rasa. Ada rasa budu yang ummph, masam, masin dan manis sikit, adunan sambal, kerabu Ikan yang padu. Semua rasa kena serasi baru paduuuuu.

Jadi bila korang makan angin di Kelantan, wajib try Nasi Kerabu Pulai Belacan ni. Confirm memang nak sebungkus lagiii. Confirm hehe

Sedapnya semua ulaman nasi kerabu
Perah limau nipis yang disediakan. Memang lazat!
Senarai harga nasi kerabu pulau belacan

Harga Nasi Kerabu di Pulau Belacan memang sangat affordable bagi saya. Sangat murah.

Waktu operasi Nasi Kerabu Pulau Belacan

Sabtu – Khamis. Hanya tutup hari Jumaat

3pm – 7.30pm

Biasanya pukul 6pm dah licin. So better pergi awal. Selain Nasi Kerabu, Nasi Lemak dia pun not bad. Memang sedap. Boleh la try.

Lokasi Nasi Kerabu Pulau Belacan

12 thoughts on “Nasi Kerabu Pulau Belacan terbaik di Kota Bharu, Kelantan

  1. LampuHijau

    First time ni dengar jenama nasi kerabu ni. Nama dia pun menarik perhatian

    1. Fanahalim

      Kenapa lah boleh nampak nasi kerabu waktu macam ni. Sedapnya! Terliur kita sis yang tengok ni.

  2. Huzaini

    Bestnya nasi kerabu..boleh lah cuba nasi krabu…skrg dah pindah kerja di kelantan, boleh lah cuba nasi kerabu yang sedap nanti..

  3. Huda

    Kat area mana pulau belacan ni. Tak pernah tahu pula lokasi nasi kerabu sedap ni di Kelantan. Rasa nak cuba jugak

  4. Kitkat Nelfei

    Nasi Kerabu is one of my favorite food juga ni… Lama betul tak singgah kat KB… Next time ada chance to visit KB boleh la g cari Nasi Kerabu Pulau Belacan ni…

  5. Nina Mirza

    Aduh… Terliur kita tau. Kita memang peminat tegar nasi kerabu. Anyway, unik nama nasi kerabu nya!
    Ada rezeki nanti nak pi cuba, awat laaaa nun jauh sana

  6. Ruby

    Wahhh nampak menarik semua menu kedai tu. Fav Nasi Kerabu makan dengan daging bakar, solok lada, telur asin dan keropok. Nanti nak cari la kedai ni.

  7. Madam B

    Kalau orang Kelantan bila dapat nasi kerabu sedap mesti ‘Sedap sengoti’ la jawabnya. Masa stat d KB selalulah dibayangi nasi warna biru ni pagi je wajib ada makcik jual kampung ke tepi jalan. Madam memang ‘berehi'(gemar) sangatlah. Paling sedap sohor Nasi Kerabu tumis.

  8. Marina

    Tengok orang makan nasi kerabu syiok je tambah tambah dengan daging bakar tu. Marina sampai sekarang takut nak makan nasi kerabu. Hihi

  9. Mohd Zarin

    Nasi kerabu ni mana-mana pun sedap, Tapi saya rasa kalau ori yang kelantan punya sure lebih sedap ni. Harga dia pun sangatlah.. terliur tengok

  10. Sis Lin

    Waaa nampak sedap sangat nasi kerabunyaa…Sis kalau nasi kerabu suka yang daging bakar dari ayam.. rasa baru betul nasi kerabu hahahah

  11. Fas

    Wah menarik nama nasi kerabu ni… mesti cuba ni jika berada di kawasan nya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *