Special Guideline

Panduan Asas Bisness

Step 1

1. Betulkan Niat

  • Pertama , niat UTAMA haruslah kerana Allah swt
  • Kedua, barulah niatkan untuk benda-benda lain contohnya untuk tingkatkan taraf kawangan, bantu ibu bapa, adik-beradik dan lain-lain
  • Niat ni sangat penting. Kita sebagai orang Islam, setiap perbuatan dinilai dengan niat. Jaga niat baik-baik inshaAllah Dia pasti permudahkan yang terbaik untuk kita
Step 2

2. Product Knowledge

  • Anda WAJIB khatam kebaikan, kelebihan dan keunikan produk yang anda tawarkan kepada pelanggan
  • Andai produk anda merupakan simkad, anda wajib tahu plan yang available, apa coverage provider yang telco anda guna sama ada celcom ke digi ke atau lain-lain
  • Andai anda menjual produk kecantikan, anda tahu apa kelainan dan kebaikan produk yang anda tawarkan kepada pelanggan. Ada ekstrak aloe vera ke, dan apa fungsi aloe vera, kemudian apa kebaikan aloe vera
  • Bila anda dah tahu sedikit sebanyak, confirm anda makin YAKIN dengan produk anda jual
  • Ingat tau, tak perlu tahu semua, tahu sedikit dan yakin pun dah BAGUS sangat. Ok?
Step 3

3. Aktif Menggunakan Fungsi Story

  • Perkara paling WAJIB anda perlu lakukan ialah dengan menggunakan fungsi STORY secara MAXIMUM
  • Setelah berjaya register sebagai dropship/agent/stokis anda WAJIB upload STORY WhatsApp, Facebook dan Instagram mengenai produk yang anda tawarkan
  • Anda boleh menggunakan gambar yang sama disemua platform media social dan ini menyenangkan kerja anda
  • Ingat matlamat aktif di story nak bagi kenalan tahu bahawa kita sediakan produk sekian-sekian. Jadi kenalan anda akan mencari anda bila mereka inginkan produk tersebut sebelum orang lain menawarkannya pada kenalan anda. Rugi la kan. Jadi kita kena cepat-cepat buat tindakan, bagi diorang tahu

TIPS
Selang-selikan story gambar produk anda dengan aktiviti harian, motivational quotes, isu semasa, tips masakan dan macam-macam lagi.

Boleh tengok contoh-contoh influencers bagaimana dia upload story. Buatkan orang rasa happy, excited dan suka dengan story anda. Itulah marketing strategy

Step 4

4. Sediakan Kedai Online

  • Platform yang paling famous ialah Instagram, Facebook, Twitter, WhatsApp Catalogue
  • Di INSTAGRAM , anda boleh lihat contoh-contoh instagram yang dah berjaya. Pastikan ada content shareable, content produk dan content customer’s feedback. Saya  akan explain more macam mana nak jadikan Instagram anda sebagai lubuk duit tanpa nampak terlalu menjual. Stay tuned tau
  • Di FACEBOOK , copywriting sangat penting. Selain gambar-gambar yang cantik dan effective, anda perlu sentuh emosi bakal customer dengan ayat tulisan anda yang memukau. Tak perlu terlalu panjang dan tak perlu terlalu bombastik. Simple dan menyentuh emosi pun ok. Boleh tengok contoh-contoh orang yang dah berjaya sebagai inspirasi
  • Di TWITTER anda wajib buat thread. Pastikan anda berkongsi tips, manfaat, rahsia tau. Jangan terus menjual nanti orang scroll laju-laju
  • Di WhatsApps Catalogue, anda wajib install WhatsApp Business terlebih dahulu. Samaada anda ingin menggunakan nombor phone lama atau membeli no phone baru. bila anda guna no lama/sedia ada, kemungkinan WhatsApp chat yang sedia ada akan hilang. Pastikan WhatsApp Catalogue anda ada produk yang anda jual. Bila kenalan tengok, diorang akan beli dengan anda berbanding dengan orang lain. 

TIPS
Anda tak perlu guna kesemua platform. Pilih platform yang paling ramai kenalan. Kemudian, anda hanya perlu gunakan gambar dan ayat copywriting yang sama di semua platform. Maksudnya, content yang sama tetapi di platform yang berbeza-beza. Content itu apa? Content itu gambar-gambar dan ayat copywriting yang anda guna untuk promote produk anda.

Umpama kita membuka kedai di WhatsAppa, Facebook, Instagram, Twitter tanpa sebarang sewaan. Berbanding kita membuka kedai di mall-mall kita wajib membayar sewa kedai setiap bulan. Best bukan.

NEXT , anda wajib explore dan promote secara hardsell produk anda di Marketplace di Facebook. Ingin tahu lebih detail? Stay Tuned with me 🙂

Step 5

5. Nama Kedai (Branding)

  • Ok, part ni sebenarnya paling best. Nama kedai online takperlu pelik-pelik atau panjang. Make it short and simple. Contohnya Nike, Zara, Puma, Muji, Biore, Kayman, Yello, LeeyanaRahman dan sebagainya
  • Pastikan nama kedai korang orang mudah ingat dan search. Kalau nama “xoxobeautyzzgurlz shop” agak panjang dan susah nak sebut. Better elakkan
  • Jadi pastikan nama kedai korang simple, senang sebut dan senang ingat
  • Nama kedai ni sesuai digunakan untuk platform Instagram, Twitter dan Facebook Page.
  • Jika anda menggunakan Facebook Personal, anda digalakkan menggunakan Nama Sendiri tau
  • Harus ingat, nama kedai ini akan menjadi BRANDING bagi bisness anda. Mungkin nanti anda akan tambah produk lain lagi. Impian harus besar. Alang-alang mencelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Step 6

6. Bahan Marketing

How to Optimize Your Digital Marketing Funnel

Pastikan anda FOLLOW kesemua platform bahan Marketing yang disediakan oleh Team IamIzzati bagi membantu anda menjana pendapatan yang lumayan dengan lebih mudah dan cepat.

Anda tidak perlu pening-pening lagi untuk mencari bahan. Semuanya dah disediakan. Ready to use. Hanya perlu pilih saja yang mana untuk digunakan. Kami dari Team mendoakan bisness anda berjaya dunia akhirat.
All The Best!

Bagi Bisness Simkad Halo Telco dan Atie House WAJIB JOIN channel Telegram ini untuk sebarang info terkini, tips dan motivasi   <Klik Sini>

  1. Bahan Marketing Simkad Halo Telco
  1. Bahan Marketing Produk Sobella
  2. Bahan Marketing Produk Temyracle