Travel

Pantai Kundur, Pantai Nami kedua di Kelantan. Betul ke ada dua Pantai Nami Di Malaysia?

Hi semua!

Bagi sesiapa yang pernah pergi Pantai Senok di Bachok, kalini boleh cuba pergi Pantai Kundur pula. Hari tu viral Pantai Senok sebab menyerupai Nami Island.  Jadi sesiapa yang pernah mengunjungi Pantai Senok akan merasai aura yang sama seolah-olah berada Nami Island di Korea. Haa boleh la berangan jap hehehe

Satu tips nak bagi gambar sebijik nampak macam Nami Island ialah angle gambar yag diambil haruslah betul. Ditambah pula dengan kuasa editing yang power akan menaikkan lagi kecantikan gambar tersebut.



 

Boleh tonton video ini untuk merasai suasana yang lebih jelas. Saya terlupa pula nak ambil gambar dengan lebih detail untuk etak dalam blog. Mohon maaf semua. Dijemput tengok video saya ramai-ramai 🙂

Lokasi pantai ni berhampiran dengan kedai makan Pak Mat Pulau Pisang, on the way ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Di Pantai Kundur juga terdapat Café kecil, jadi jangan risau jika terlupa bawa makanan picnic ya. Masih boleh makan dan minum di Café tersebut. Cuma bila ramai orang mungkin kena tunggu turn lama sikit kan hehe

Mini playground juga disediakan. Bolehlah anak-anak atau adik-adik bermain bergembira disini. Tempat parking pula jangan risau, sebab banyak. Pantai dia pun cantik sangat. Untuk bermandi manda saya tidak pasti selamat ke tak. Untuk bermain di tepian tu boleh la bagi saya.

 

Pemandangan dari tempat parking

Yang penting jangan lupa bawa plastic sampah sendiri ya. Sisa makanan nanti boleh bungkus dalam plastic yang dibawa. So takdelah pemandangan sampah sarap merata-rata di pantai yang cantik ini. Terima Kasih!

Lokasi Pantai Kundur saya sertakan map dibawah ya semua

Jangan lupa untuk SUBSCRIBE channel Youtube saya untuk video-video yang lebih menarik akan datang.

Terima Kasih kerana membaca dan menonton video saya. Semoga bermanfaat.

Nantikan penulisan saya seterusnya.

Jumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *