Travel

Persembahan Makyung Patuh Syariah Di Hotel Grand Riverview

Program kalini memang last min punya planning. Jadi terlewat sikit sampai di Hotel Grand Riverview. Jantung dubdap dubdap nervous risau Dewan dah tutup. Rupanya kitorang masih awal. Hehehe


Tarian Makyung ni merupakan tarian traditional dan terkenal di Negeri Kelantan suatu masa dulu sebelum tarian ini diharamkan oleh kerajaan Negeri Kelantan sejak 1991. Dikatakan tarian ni berasal dari Pattani.


Sebelum persembahan bermula tu ingatkan Makyung ni persembahan tarian semata-mata. Tambahan pula di awal persembahan bahasa dalam nyanyian dia memang tak faham. Nak cakap dialek Kelantan pun bukan. Dalam 10min kemudian baru start lakonan. Rupanya Makyung ni merupakan hiburan bagi orang masa dulu yang menggabungkan unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi.

Dari situ persembahan mula menunjukkan taringnya. Bagi yang meminati teater pasti meminati Makyung. Sedihnya kami tak dibenarkan mengambil video atau gambar sepanjang persembahan bagi menjaga exclusivity persembahan Makyung tersebut.

Di akhir persembahan boleh dikatakan semua penonton terpegun dan sangat enjoy dengan persembahan Makyung. Saya sendiri tak sangka Makyung best macam ni. Persembahan luar biasa hebat. Serious memang asyik tengok setiap lenggok badan pelakon. Dan kalini suatu kelainan sebab semua watak terdiri dari golongan lelaki. Kalau perempuan yang berlakon rasanya memang bahaya kot sebab terlalu asyik melayan setiap lenggok badan diorang haha. Sebab tu la dulu tidak dibenarkan. Sesuai dengan tajuk persembahan malam ni “Jejak Warisan Dan Jelajah Makyung Patuh Syariah”.

For me, pengalaman menonton Makyung ni sangat best dan kalau ada peluang next time pasti akan repeat lagi. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *