Blog

Recycle Pakaian Lama Dan Pakaian Koyak Di H&M

Recycle Pakaian Lama Dan Pakaian Koyak Di H&M

Hi Hi Hi semua,

Happy nya bila dah jumpa tempat untuk recycle pakaian lama yang dah koyak-koyak. Selama ni rasa bersalah bila main buang je baju yang dah koyak tu dalam plastik hitam. Nak bagi dekat orang memang tak patut apatah lagi baju yang dah tak sempurna dan ada koyak walaupun sikit.

Ni dah tahu kat mana tempat nak recycle, leganyaa rasa kan. Boleh la jugak selamatkan alam sekitar dari sampah sarap.  Tak dinafikan Malaysia agak jauh ketinggalan dalam amalan kitar semula (recycle) samaada recycle pakaian, plastik, kertas dan lain-lain. Jadi ayuhlah kita start small.

sumber dari google

Mengikut laporan, berjuta-juta tan tekstil dibuang dari seluruh dunia. Dan semuanya berakhir di tempat pembuangan. Daripada pembuangan sebegini lah yang menyebabkan pencemaran air dan tanah berlaku.

Air dan tanah merupakan keperluan asas bagi kehidupan. Tanaman berasal dari tanah. Dan air keperluan bagi semua kehidupan kita. Betapa besarnya impak keatas kita bila kita mengabaikan usaha kecil ini. Tak dapat buat semua tak apa, jangan tinggal semua ok 🙂

How to change the world, change ourselves first. It’s start with us. Jika bukan kita siapa lagi. Saling mengajak kearah kebaikan, saling berpesan kepada kebaikan. Nanti dah ramai amalkan, confirm lagi meriah dan bersemangat hehe

Cara-cara Recycle Pakaian di H&M

Untuk proses recycle di H&M, korang hanya perlu pack beberapa helai pakaian didalam plastik bag medium. Kemudian boleh drop off di dalam box tepi kaunter. Make sure ada pekerja yang assit ya. So that boleh dapat voucher pakaian H&M

  1. Pack beberapa helai pakaian di dalam 1 plastic bag medium
  2. Panggil store assistant untuk bantu
  3. Drop off bag tersebut di dalam kotak yang disediakan
  4. Limit bag bagi setiap orang bergantung pada outlet masing-masing
  5. 1 bag akan dapat 1 voucher

Cara Menggunakan Voucher Recycle H&M

Satu voucher akan dapat 15% off bagi satu item H&M yang normal price. Item yang tengah sale tak boleh guna voucher tersebut. Jadi berbaloi la kan. Mostly barang dekat H&M especially pakaian  memang high quality dan worth the money. 

Harap posting kalini membantu bagi korang yang tengah mencari tempat recycle pakaian lusuh dan lama. Untuk pakaian yang masih elok dan cantik, elok sedekahkan bagi yang memerlukan. Dekat facebook terlalu banyak group untuk sedekah. One’s man trash is another man’s treassure. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *