Blog

Langkah Pertama Untuk Berjaya Bisness Online

Langkah Pertama Untuk Berjaya Bisness Online

Hi, Salam sejahtera semua.

Alhamdulillah zaty happy sangat bila ramai kenalan rujuk zaty untuk bertanya tentang cara memulakan bisness online

Dengan berbekalkan secebis pengalaman dalam bisness online boleh la zaty share sedikit sebanyak untuk dijadikan panduan. Dan tips ini sebenarnya old school punya style.

Matlamatnya untuk pastikan orang ramai tahu tentang produk yang kita tawarkan. Secara tak langsung, kita dah create brand awareness.

Tips ni sangat berkesan dan rasanya takkan lapuk dek zaman. Kita boleh guna konsep yang sama dan boleh ubah style agar sesuai dengan perubahan zaman dan juga jenis bisness.

Faham sangat sebagai beginner dalam bisness online semestinya kita nak cut cost seminima yang mungkin. Benda ni tak salah pun. Ramai beginner suka teknik zero cost marketing. Benda ini terpulang. Bila dah banyak untung boleh guna ads berbayar , review atau guna pengaruh influencer pula.

Ok tanpa melengahkan masa, jom kita start.

Perkara WAJIB yang perlu dilakukan setiap hari bagi yang nak mula berniaga online ialah, anda wajib post di Facebook Personal sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Jangan lupa untuk guna manfaat story sepenuhnya tau.

Nak post apa di story? Jom baca Cara dapatkan sale di story media social yang berkesan
Baca disini untuk memulakan bisness di Instagram dengan berkesan.

Kemudian anda boleh message personal kawan-kawan dalam friendlist tentang produk yang anda tawarkan, kemudian dah boleh start approach strangers. Paling kurang approach 10 orang setiap hari.
Baca disini untuk teknik-teknik Personal Massage (PM) yang berkesan yang tidak membuatkan orang rimas.

Selain itu, anda wajib join Facebook Group supaya  dapat share post anda di dalam group tersebut. Seeloknya join group yang ada ramai orang dalam 700k keatas lagi elok.

Cuba bebetul istiqomah lakukan benda ni dulu untuk generate sale pertama. Spend time dalam 30 minit sahaja setiap hari untuk konsisten. Cara dan teknik dalam berbisness ni tiada yang betul tiada yang salah. Ianya tentang try and error dan juga rezeki.

Tapi dengan teknik yang betul memang sangat membantu untuk cepat berjaya dan dapat hasil.

Secara ringkasnya anda perlu lakukan:

1. Minimum 3 posting di Facebook Personal dan guna manfaat story
2. Approach massager personal minimun 10 orang setiap hari
3. Join Facebook Group

Best bukan? Dengan kos yang sangat rendah anda sudah spread brand awareness untuk orang di luar sana.

Ok itu saja untuk kali ni. Next posting saya akan share untuk kaedah Offline pula ya. Stay tuned!

Terima Kasih sudi membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *